Saturday, November 17, 2012

Kasihanilah Penduduk GAZA





salam 1malaysia kpada semua rakan blogger, hari nie aku sedih sngt sbb bkk je facebook,twitter,newspaper n other site.. sume citer pasal GAZA, kesian dorang, xaman-aman smpai skarang.. apalah nasib dorang kan.. hari-hari melihat kematian.. kita kt malaysia bumi yg bertuah nie patut rasa bangga sebab negara kita sudah bebas dr peperangan.. so banyak banyak lah insafkan diri.. kita hidup kt dunia nie kjap je..

wahhh, berpuitis bagai plak aku hr nie.. eh , bydewei...
Kita berdoa moga-moga Allah SWT menurunkan bantuan kepada saudara mara kita di Gaza Palestin. Mungkin lagu oleh Michael Hart "We Will Not Go Down (Song for Gaza) yang dikeluarkan pada tahun 2009 ketika peperangan Gaza-Israel ini boleh menggambarkan suasana di Gaza sekarang ini dan ketabahan para Mujahidin Palestin. Moga-moga Allah membantu perjuangan mereka mempertahankan tanahair mereka dan seterusnya membebaskan bumi suci umat Islam, Masjidil Aqsa, insya Allah

sedikit bingkisan untuk tatapan korang.. semoga terhibur..



terharu sangat-sangat bile tngk gambar-gambar kat bawah nie..



Antara mangsa pengeboman di rumah Solah Subuh tadi ialah kanak-kanak di dalam gambar ini.




apalah dosa mereka, kenapa pihak zionis sanggup perlakukan mereka sebegini..


sumbangan ikhlass anda amatlah diperlukan..

Sumbangan & Derma |
 Bank Islam: 12029010047880 
 Maybank : 562263010787 
CIMB Islamic : 12150001242107 
 Bank Muamalat : 12070005133717 
 Tel :+60389267019 | Fax:+60389259963

 jumlah, tarikh, masa dan bank. Berikan juga Nama penuh, alamat dan no telefon.
 Emel amanpalestin@yahoo.com 
 *Bayi di dalam gambar yang diziarahi oleh Pengurus Aman Palestin Gaza, Omar Seyam ini telah syahid. 

 via Aman Palestin


israel is the real terrorist




ANTARA PERISTIWA YANG BERLAKU DALAM PEPERANGAN GAZA

Allahuakhbar! Keajaiban di Peperangan Gaza 


Ini kisah benar yang diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu. 



Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza : 



Peristiwa 1 



Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar! 



Peristiwa 2 



Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu??? 



Peristiwa 3 



Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya. 



Peristiwa 4 



Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!



Peristiwa 5 



Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel ! 



Peristiwa 6 



Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita? 



Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. 



Allahu Akbar!!!

~ Terima Kasih Kerana Sudi Baca Setiap Entry Saya ~
kalau nak copy sesuatu bg tau dulu yer !!
♥ Hadri Noordin sayunk korang ♥

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
HaSiL NuKiLaN HaDrI nOoRdIn PuNyEr CiTeR